Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Wabak selsema burung landa Sulawesi

Jakarta: Wabak selsema burung kini melanda daerah pentadbiran Sidenreng Rappang di Sulawesi Selatan dan virus selsema itu dilaporkan membunuh kira-kira 11,000 ekor unggas, sebahagian besarnya itik, setakat semalam.
Akhbar Jakarta Post memetik ketua Agensi Perusahaan Ternakan wilayah itu, Abdul Aziz sebagai berkata sehingga kini, kira-kira 7,000 itik dan 4,000 ayam, mati akibat penyakit itu.
"Angka itu berdasarkan laporan yang kami terima. Jumlah itu mungkin lebih banyak," katanya dipetik akhbar berkenaan.
Beliau berkata agensi itu memerintahkan Agensi Perusahaan Ternakan Sidenreng Rappang mengasingkan kawasan yang terjejas akibat virus H5N1 bagi mengelak penyakit merebak.
Aziz mendakwa stok vaksin di wilayah itu semakin berkurangan dan tidak lagi mempunyai sebarang ubat. Agensi itu memerlukan tambahan sejuta dos vaksin berikutan wilayah itu mempunyai kira-kira 10 juta unggas.
Menurut laporan yang disiarkan oleh www.healthmap.orgIndonesia, Indonesia merekodkan 197 kes selsema burung, 165 mengakibatkan kematian sejak
wabak itu tercetus pada 2003 di beberapa negara.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 7:51 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127106#sthash.bSNF5swY.dpuf

No comments:

Post a Comment