Search This Blog

Loading...

Sunday, April 10, 2016

Video 'selfie' jadi bukti bakar hutan


HUNTSMAN (gambar kecil) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda AS$60 juta (RM240 juta) selepas mengaku bersalah menyebabkan kebakaran hutan antara yang terburuk di California pada 2014. - Foto Reuters
SACRAMENTO: Seorang lelaki yang mengambil video beliau dikelilingi api, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda AS$60 juta (RM240 juta) selepas mengaku bersalah menyebabkan kebakaran hutan antara yang terburuk di California pada 2014.
Wayne Allen Huntsman, pada awalnya mengaku tidak bersalah menyebabkan kebakaran yang berlanjutan selama sebulan, menukar pengakuan dan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memulakan kebakaran hutan yang menyebabkan kecederaan kepada anggota bomba dan memusnahkan hartanah.
"Saya mengaku bersalah kerana saya melakukannya," kata Huntsman kepada mahkamah, menurut Timbalan Pendakwa Daerah, Dave Stevenson.
Api merosakkan kawasan hampir 40,488 hektar, memusnahkan sekurang-kurangnya 12 rumah dan menyebabkan ribuan penduduk kawasan peranginan Tasik Tahoe di California Utara kehilangan tempat tinggal.
Huntsman dijatuhi hukuman penjara dan diarah membayar denda AS$60 juta sebagai pampasan kepada mangsa, Peguam Daerah El Dorado dalam satu kenyataan.
Pendakwa berkata, Huntsman melarikan diri dari lokasi kejadian dan bertemu seorang penduduk yang menumpangkan beliau keluar dari situ.
Huntsman menunjukkan video yang diambil menunjukkan beliau berdiri di antara dua punca kebakaran.
"Dengar sini, api di sekeliling saya. Saya terperangkap di tengah-tengah," katanya dalam video itu.
Pemandu berkenaan merakam video itu dan menyerahkannya kepada penyiasat. Huntsman ditangkap beberapa selepas kebakaran bermula. - Agensi

No comments:

Post a Comment