Search This Blog

Loading...

Thursday, April 7, 2016

Umpan kereta mewah

Johor Bahru: Sindiket kenderaan klon didalangi warga Singapura aktif menggunakan laman sosial Facebook (FB) dan WeChat untuk memancing bakal pembeli kenderaan terbabit di negeri ini dengan menawarkan kenderaan mewah serendah RM3,000 sebuah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, bagi meyakinkan pelanggan, sindiket juga mengadakan pertemuan empat mata bagi memberi penerangan kononnya kenderaan diklon tidak mudah terjerat dalam perangkap pihak berkuasa.
“Kegiatan sindiket terbongkar apabila dua ahlinya yang berusia 22 tahun, termasuk seorang warga Singapura, ditahan pada serbuan di sebuah apartmen di Taman Perling, jam 5 petang kelmarin.
“Mereka ditahan anggota Cawangan Risikan Jenayah (D4) Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU. Kami turut merampas barangan berkaitan dengan kegiatan dijalankan termasuk nombor pendaftaran kenderaan Singapura, komputer, mesin pencetak cukai jalan dan cukai jalan palsu Singapura,” katanya pada sidang media di IPD JBU, semalam.
Beliau berkata, enam kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura juga disita. Ia membabitkan Nissan Murano, BMW 523i, Toyota Previa, Honda Civic FD, Volvo dan Honda Airwave yang dianggarkan bernilai RM800,000.
Menurut beliau, pihaknya kini memburu empat suspek termasuk dalang utama sindiket yang juga warga Singapura berusia 45 tahun.
“Dua suspek terbabit kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967.
“Kenderaan disita ini memiliki ‘Certificate of Entitlement’ (COE) Singapura yang masih berbaki tiga bulan sebelum dilupuskan. Sindiket mengambil kesempatan ini dengan membawanya masuk ke Malaysia sebelum dijual sebagai kenderaan klon,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 8:38 AM


MOHD Taib (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128527#sthash.Y7q0dFXG.dpuf

No comments:

Post a Comment