Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Tujuh Lelaki Dalam Bot Kumpit Ditahan Langgar Perintah Berkurung


Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 5:46 PM

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot kumpit bersama tujuh lelaki dari Filipina kerana melanggar perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada Ahad.
Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madon berkata lelaki berusia antara 33 dan 52 tahun ditahan pada pukul 7.07 malam dalam Op Paradise di kawasan perairan Kampung Wakuba selepas didapati berada di kawasan larangan.
"Bot kumpit itu berlepas dari pelabuhan Tawau untuk balik ke negara mereka (Filipina)," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Katanya juragan bot itu gagal menunjukan permit polis untuk berada di kawasan perintah berkurung pada waktu dan tempat berkenaan.
Perintah berkurung di ESSZone mulaim 7 malam hingga 5 pagi berkuat kuasa sehingga 17 April ini membabitkan jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment