Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang merupakan penumpang belakang masing-masing dua lelaki dan seorang wanita iaitu Leong Den Shen, 22; Tien Kiong Wei, 22, dan Chen Lee Yin, 21, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Hyundai Sonata itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sejauh 100 meter sebelum merempuh tangga jejantas yang berada di sebelah kiri menyebabkannya terbalik.
“Ketiga-tiga penumpang belakang yang terperangkap dalam kenderaan itu maut dan dua mangsa lagi kini mendapatkan rawatan di HSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE