Search This Blog

Loading...

Sunday, April 10, 2016

Tiga maut kereta terbabas

Johor Bahru: Tiga maut, dua cedera dalam kemalangan kereta di KM8, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 3.30 pagi, Hyundai Sonata dinaiki tiga lelaki dan dua wanita dari arah Johor Bahru ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh tangga jejantas sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketiga-tiga penumpang bahagian belakang kenderaan itu, Chen Lee Yin, 21; Leong Den Shen, 22 dan Tien Kiong Wei, 22, maut di lokasi kejadian.
Katanya, seorang lagi penumpang di bahagian hadapan, Teoh Sin Yee, 22 dan pemandu kereta, Joseph Ling Zuin Ren, 22, cedera dan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
"Apabila tiba di lokasi kejadian kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sejauh kira-kira 100 meter dan merempuh tangga jejantas pejalan kaki yang berada di sebelah kiri jalan.
"Akibat rempuhan itu, kenderaan itu terbalik dan ketiga-tiga mangsa penumpang belakang maut di lokasi kejadian dan terperangkap dalam kereta," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 3:09 PM

Keadaan kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan PDRM

No comments:

Post a Comment