Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Tiga Lelaki Terjun Sungai Ditemui Lemas


Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 7:13 PM

SHAH ALAM: Tiga lelaki disyaki penagih dadah yang terjun ke Sungai Tengi di Tanjung Karang dekat sini, petang Khamis, ditemui lemas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menemui mayat pertama pada pukul 11.22 malam Khamis sebelum dua lagi mayat ditemui, masing-masing pada pukul 2.25 pagi dan 4.13 Jumaat.
Ketiga-tiga mereka dikatakan bertindak terjun ke sungai itu ketika melihat polis menyerbu satu kawasan di Kampung Bagan Cina yang dipercayai sarang penagih, kira-kira pukul 3 petang Khamis.
"Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai perkara itu pada pukul 3.13 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
"Anggota penyelamat menemui semua mayat mangsa pada kedudukan antara 100 dan 200 meter dari tempat mereka dipercayai terjun," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Menurut Mohd Sani, umur dan identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada ketiga-tiga mayat itu.
"Semua mayat telah diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk tujuan pengecaman dan bedah siasat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment