Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Tiada lagi mangsa tertimbus

Kolkata: Polis di sini semalam mula melakukan siasatan kes tuduhan membunuh terhadap syarikat yang membina sebuah jejambat yang runtuh di bandar ini hingga , menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang mati, kelmarin.
Pegawai dilapor sudah menemu bual pegawai atasan syarikat itu, IVRCL, di ibu pejabatnya di Hyderabad.
Syarikat berkenaan, dalam laman webnya, mengaku membina jejambat sepanjang dua kilometer itu.
Sementara itu, seorang pengurus kanannya dikecam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa kejadian itu adalah kehendak Tuhan.
Dalam pada itu, pengarah operasi syarikat, AGK Murthy menyangkal dakwaan kononnya syarikat itu menggunakan bahan berkualiti rendah sehingga menyebabkan jejambat yang sedang dalam pembinaan itu runtuh.
“Bahan yang kami gunakan berkualiti tinggi. Kami masih terkejut dengan kejadian itu. Bagaimanapun, kami akan bekerjasama dengan penyiasat,” katanya.
Pasukan penyelamat berkata, kejadian mungkin berlaku selepas kerja pembinaan di sambung semula setelah terbengkalai selama bebetapa tahun.
“Bahan logam mungkin sudah berkarat selepas pembinaan terhenti selama beberapa tahun,” kata mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:03 AM


GAMBAR menunjukkan kawasan kejadian selepas usaha membersihkannya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127244#sthash.fE6ORvwZ.dpuf

No comments:

Post a Comment