Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Terkoyak lengan disondol babi hutan


Norul Awatif Romli

awatifromli@hmetro.com.my


Alor Setar: Seorang wanita cedera di lengan akibat disondol babi hutan jantan ketika sedang menoreh getah di kebun getah Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku 9.45 pagi semalam, ketika Zuraini Fadzil, 46, sedang menoreh bersama suaminya Zulkifli Daud, 45, dan anak mereka, Zulaikha, 10, apabila dihampiri haiwan berkenaan yang agresif.

"Kejadian berlaku pantas menyebabkan saya tidak sempat melarikan diri. Sebaik menyedari ada sesuatu memerhati, saya menoleh dan terkejut melihat haiwan itu sedang meluru ke arah saya lalu saya cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, kaki tersandung akar pokok lalu saya tersembam ke tanah.

"Haiwan itu menyondol dan terkena lengan kiri. Saya menjerit meminta tolong daripada suami yang menoreh kira-kira 50 meter," katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak 16 tahun menoreh getah, itu pengalaman pertama di sondol babi walaupun sebelum ini pernah beberapa kali terserempak dengan haiwan berkenaan beberapa kali.

“Saya dan suami tidak akan patah semangat untuk terus menoreh namun berharap pihak berwajib memandang serius masalah dihadapi penoreh getah seperti kami iaitu ancaman haiwan ganas seperti ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 3:10 PM


Zuraini dari Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, yang cedera di lengan kiri akibat di sondol babi hutan. - Foto NORUL AWATIF ROMLI

No comments:

Post a Comment