Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Terima RM250, didenda RM10,000




TEE SOON kelihatan tenang ketika dibawa oleh pihak berkuasa keluar dari Mahkamah Sesyen, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Meskipun jumlah suapan berjumlah RM250 dianggap satu nilai kecil bagi seorang guru sekolah memandu di sini, namun perbuatan itu tetap salah di sisi undang-undang.
Atas kesalahan yang dilakukan itu, Goh Tee Soon, 61, terpaksa membayar denda sebanyak RM10,000 iaitu 40 kali ganda daripada nilai suapan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mengambil wang rasuah tersebut daripada seorang calon ujian memandu pada Oktober tahun lalu.
Berdasarkan rekod, Tee Soon sudah 30 tahun menjadi tenaga pengajar di sekolah memandu.
Tidak cukup dengan itu, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tee Soon bagaimanapun membayar denda tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima wang tunai RM250 daripada Syairul Nizam Salleh, 28, sebagai dorongan untuk membantunya lulus dalam Ujian Pelesenan Pemandu Vokasional (GDL) lori.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd., Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling di sini pada 1 Oktober 2015 kira-kira pukul 11 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz452VuZRLf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment