Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Siasatan MARA Inc, 3 bebas dengan jaminan


RABU, 30 MAC 2016 @ 12:26 PM

Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my


Bekas Pengerusi Mara Inc yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). di Mahkamah Majistret Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Tiga individu, termasuk bergelar Datuk yang direman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka dibebaskan masing-masing atas jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di sini, sebentar tadi. Ketiga-tiganya membabitkan bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif MARA Inc bergelar Datuk serta seorang pengarah sebuah syarikat berusia 42 tahun yang ditahan pada 23 Mac lalu sebelum direman tujuh hari berakhir hari ini. Sayap pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu terpalit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia 'The Age' yang mendakwa ia membeli bangunan lima tingkat pada harga lebih tinggi berbanding pasaran. Susulan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, kedua-dua pegawai kanan itu direhatkan sementara mulai Julai tahun lalu bagi membantu siasatan. Pada 18 Mac lalu, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini bagi menyerahkan maklumat terkini dalam usaha membantu siasatan berkaitan isu berkenaan. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/138819

No comments:

Post a Comment