Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Ribuan kontena tersadai


RIBUAN kontena tersadai ekoran sistem komputer JKDM mengalami kerosakan sejak Khamis lalu di Pelabuhan Utara, Klang semalam.


KLANG – Beribu-ribu kontena tersadai di Pelabuhan Utara dan Barat Klang di sini selepas sistem komputer yang diguna pakai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak berfungsi sejak Khamis lalu.
Kegagalan Sistem Maklumat Kastam (SMK) itu mengakibatkan lebih 700 ejen perkapalan yang mengendalikan perkhid­matan import dan eksport pelbagai barangan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM42 juta sehari selepas mereka gagal untuk membawa keluar kontena tersebut.
Kegagalan SMK beroperasi selama tiga hari itu juga menyebabkan ejen-ejen perkapalan terpaksa menanggung kerugian kese­luruhan sebanyak RM126 juta.
Menurut seorang ejen perkapalan, Azizan Aziz, 40, mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga RM600 sehari bagi setiap kontena termasuk kos sewa tapak kontena, denda dan caj tambahan lain sekiranya ia tidak dapat dike­luarkan mengikut waktu yang ditetapkan.
“Lebih 700 ejen perkapalan ber­urusan dengan JKDM setiap hari. Setiap ejen secara puratanya menguruskan 100 kontena keluar dan masuk di Pelabuhan Utara dan Barat ini.
“Kami terpaksa menanggung kerugian sehingga RM60,000 sehari bagi setiap 100 kontena yang tersadai disebabkan kelemahan sistem pihak Kastam,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pelabuhan Utara di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz44jPF0600 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment