Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Remaja maut tercampak dirempuh


Sungai Buloh: Seorang remaja lelaki maut tercampak keluar dari pacuan empat roda dinaiki selepas kenderaan itu dirempuh dari belakang di Kilometer 458, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Lanjan, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa, Pang Khong Ji, 16, bersama enam ahli keluarga lain menaiki kenderaan model Toyota Hilux sebelum dirempuh kenderaan lain berhampiran susur Sungai Buloh di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.55 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, terdapat tujuh mangsa terbabit dalam kemalangan itu. Enam daripada mangsa lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, tiga daripada mangsa mengalami cedera parah, dua separuh kritikal dan seorang cedera ringan.

“Mangsa maut cedera parah akibat tercampak keluar dari kenderaan. Terdapat mangsa yang mengalami patah kaki dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:02 AM


KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan Kilometer 458 Lebuhraya PLUS.

No comments:

Post a Comment