Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Remaja curi motor gagal tipu polis

Sungai Petani: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bukan saja licik menghilangkan diri selepas mencuri motosikal, malah berani menipu anggota polis dengan memberi pelbagai alasan berhubung jenayah dilakukannya dalam usaha melepaskan diri.
Bagaimanapun, taktik digunakannya gagal apabila ditahan sepasukan anggota dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda diketuai Asisten Superintendan Salimi Md Ali di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Sumber berkata, ketika disoal siasat, remaja lelaki itu tidak mengaku mencuri tiga motosikal bersama dua rakan, sebaliknya mendakwa dia sekadar mengikut saja.
Bagaimanapun, sumber berkata, remaja terbabit akhirnya mengaku melakukan kegiatan itu bersama dua rakan berusia 17 dan 30 tahun di Tikam Batu sebelum motosikal dileraikan dan rangkanya dibuang ke dalam tali air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 9:13 AM


Tiga rangka dan sebuah motosikal curi ditemui polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127973#sthash.gmjYlr9P.dpuf

No comments:

Post a Comment