Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Remaja 15 tahun maut kereta langgar tembok

ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 5:30 PM

Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bharian.com.my



BATU PAHAT: Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas kereta dipandunya merempuh tembok jalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 3.5 Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, Mohamad Faiezrol Eddie Jasmi, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat pendarahan serius di kepala dan badannya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari bandar menghala ke Jalan Kluang.

Katanya, mangsa dipercayai terlanggar tembok di bahagian kiri jalan berkenaan sebelum keretanya terbabas lalu terbalik di bahu jalan itu.

"Mangsa mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai akibat hentakan kuat ketika kemalangan berlaku sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh unit paramedik.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat. Polis masih menunggu laporan penuh kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

No comments:

Post a Comment