Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Rasuah: Inspektor polis tidak mengaku bersalah

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 11:35 AM
 Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

AMRIN paiman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah, masing-masing RM500 dan RM700 ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, sebentar tadi. - Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Seorang inspektor polis yang juga pegawai pendakwa trafik mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah, masing-masing RM500 dan RM700 ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi. Amrin Paiman, 54, yang bertugas di Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) akta sama. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Le Court Apartment Desa Tambun, di sini pada kira-kira jam 1.30 tengah hari 13 November 2013. Dia didakwa cuba memperoleh suapan RM500 daripada Amir Hakim Amel Rosmadi @ Adek sebagai dorongan tidak mendakwa lelaki itu mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan kedua, Amrin didakwa memperoleh suapan wang tunai RM700 daripada Amir Hakim pada kira-kira jam 10.15 malam 14 November 2013 di Restoran Serambi Desa, Jalan Besar Tambun, di sini untuk tidak mendakwa lelaki berkenaan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin di hadapan Hakim Indra Nehru Savandiah, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhaimin Aris. Mahkamah menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh membayar wang jaminan RM6,000 atau masing-masing RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140668

No comments:

Post a Comment