Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, polis yang mendapat maklumat telah mengekori sebuah kereta Toyota Camry yang mencurigakan di kawasan berkenaan dan berjaya menghimpit kenderaan tersebut.
“Selepas polis memperkenalkan diri, penjenayah terlibat bertindak melepaskan tembakan dan polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE