Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Polis cekup penyamun teksi



Sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menyamun pemandu dan penumpang teksi oleh suspek ditemui dalam sebuah teksi ketika pemeriksaan polis semalam. – Gambar Ihsan Polis Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya menyelesaikan 43 kes samun bersenjata membabitkan pemandu serta penumpang teksi selepas tertangkapnya 14 individu dalam beberapa serbuan di sekitar ibu kota dan Selangor semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (gambar kecil) berkata, bertindak atas maklumat dan hasil risikan polis bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 17 hingga 39 tahun.
Katanya, kumpulan ini dilaporkan aktif sejak awal tahun dan bertindak agresif terhadap pemandu serta penumpang teksi yang cuba melawan mereka ketika melakukan kegiatan jenayah itu.
“Kesemua mereka yang ditahan tidak bekerja dan ada antara mereka mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah serta dadah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz44dZG2Do9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment