Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Petani tunjuk perasaan mati ditembak polis

Manila: Seorang petani terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan ketika tunjuk perasaan oleh petani yang terjejas akibat kemarau bertukar menjadi ganas di Cotabato, Mindanao, hari ini.
Kira-kira About 6,000 petani menyertai tunjuk perasaan itu menghalang lebuh raya utama menuntut kerajaan memberi bantuan selepas tanaman mereka, termasuk padi, musnah.
Seorang petani mati di tempat kejadian manakala puluhan lagi cedera di kaki dan anggota badan lain ketika bersesak melarikan diri selepas polis melepaskan tembakan.
Polis cuba menyuraikan petani terbabit menggunakan meriam air namun gagal dan menurut Gabenor Cotabato Utara, Emmylou Mendoza, 20 polis cedera akibat diserang petani menggunakan kayu dan batu.
Beliau mendakwa polis melepaskan tembakan selepas ada petani terlebih dahulu melepaskan tembakan.
Kementerian Pertanian Filipina menyatakan lebih 300,000 kawasan pertanian terjejas akibat kemarau menyebabkan kerugian kira-kira 5.3 bilion peso (AS$11 juta).
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 8:07 PM

Polis pencegah rusuhan mengambil kedudukan menghadapi ribuan petani yang menunjuk perasaan. - Foto EPA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127109#sthash.AAHEFEib.dpuf

No comments:

Post a Comment