Search This Blog

Sunday, April 10, 2016

Peserta Ultramarathon Temui Mayat Dalam Gaung


Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 4:59 PM

GOMBAK: Cabaran 'Route 68' ultramarathon tetap diteruskan tanpa halangan walaupun terdapat penemuan mayat wanita di dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Karak Lama di sini pada pagi Ahad.

Difahamkan sekumpulan penunggang basikal yang mengambil bahagian dalam cabaran berkenaan menemui mayat wanita itu terbaring di dalam gaung berkenaan.

Wanita itu yang kakinya terikat dengan tali dipercayai telah dibunuh.

Acara ultramarathon sejauh 50km dan 68km diadakan di sepanjang Laluan Persekutuan Route 68 (FR68) antara Gombak dan Bentong.

Pada tengah hari, peserta maraton yang berlari dan berbasikal melalui lokasi kejadian dilihat tidak mengendahkan mengenai insiden berkenaan.

Hanya beberapa orang dilihat berhenti untuk melihat keadaan mayat.

Sehingga pukul 2.30 petang, pasukan polis forensik dan unit K9 masih berada di lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment