Search This Blog

Thursday, April 7, 2016

Pesawat tentera Jepun bawa 6 kru hilang


RABU, 6 APRIL 2016 @ 9:37 PM  PESAWAT U-125 meninggalkan pangkalan di wilayah Kagoshima di Pulau Kyushu, Jepun awal petang semalam. Gambar kecil, Yoshiyuki Sugiyama. - Foto AFP TOKYO: Sebuah pesawat tentera udara Jepun yang membawa enam anak kapal dilaporkan hilang, menurut Kementerian Pertahanan sambil menambah usaha mencari sedang dilakukan di kawasan pergunungan. Ketua Pasukan Pertahanan Udara, Yoshiyuki Sugiyama, berkata pesawat U-125 meninggalkan pangkalan di wilayah Kagoshima di Pulau Kyushu di barat daya Jepun awal petang semalam. NHK menunjukkan gambar helikopter sedang mencari pesawat berkenaan di satu kawasan pergunungan manakala tentera dan kenderaan kecemasan bergegas ke kawasan itu. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141201

No comments:

Post a Comment