Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Penunggang motosikal maut diseret treler





03/04/2016 8:04pm

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal warga Indonesia maut selepas diseret sebuah treler sejauh lima meter di Kilometer (KM) 4.4 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran susur keluar Setia Alam ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Basori, 39, berteduh di bawah jejambat lebuh raya itu kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Kuala Lumpur menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.

"Ketika mangsa membuka topi keledar, sebuah treler yang datang dari arah sama telah bergesel dengan motosikalnya dan beg sandang yang dipakai mangsa turut tersangkut mengakibatkan dia terseret kira-kira lima meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas diseret, mangsa kemudian terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz44lsaKFVl
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment