Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Pendakwaan akan buktikan penglibatan 7 lelaki


6 APRIL 2016

Morais

 Morais
KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan membuktikan penglibatan tujuh lelaki dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais bermula daripada mendiang mengendalikan kes-kes pakar patologi tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa berkata, pendakwaan akan membuktikan tindakan tertuduh-tertuduh mencari tong dram dan simen yang diletakkan di hadapan gerai milik tertuduh kedua (OKT2), G.Gunasekaran, di No 1, Jalan USJ 1/6, Subang Jaya.

"Si mati telah diletakkan di dalam tong dram tersebut dan dibiarkan semalaman," kata Abdul Razak dalam ucapan pembukaan kes itu pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Katanya keterangan juga akan dikemukakan bahawa pada 5 September 2015, OKT6 iaitu S.Nimalan, bersama OKT3 R.Dinishwaran, dan OKT7 S.Ravi Chandaran, telah mendapatkan perkhidmatan 'forklift' untuk mengangkat tong dram yang mengandungi mayat si mati dan membuangnya ke dalam sebuah paya tidak jauh dari gerai milik Gunasekaran. - Bernama

No comments:

Post a Comment