Search This Blog

Loading...

Thursday, April 7, 2016

Pemandu teksi parah disamun


KHAMIS, 7 APRIL 2016 @ 9:04 PM

Oleh Nor Azizah Mokthar dan Nur Afiradina Arshad bhnews@bh.com.my


PEMANDU teksi yang menerima 16 jahitan di kepala.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi menerima 16 jahitan di kepala selain luka pada kedua-dua belah tangan selepas dipukul dengan kayu dalam satu kejadian samun pada 28 Mac lalu. Mangsa dikenali sebagai Foo, 62, adalah antara 20 pemandu teksi yang menjadi mangsa samun dipercayai didalangi satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Kumar Setapak. Menceritakan kembali detik itu, Foo berkata empat lelaki menaiki teksinya berhampiran Plaza Kota Raya kira-kira jam 1 pagi untuk ke Desa Petaling. "Ketika sampai di satu persimpangan di Salak Selatan mereka suruh saya berhenti dan salah seorang penumpang di belakang tiba-tiba mencekik leher saya menyebabkan saya pengsan. "Selepas tersedar semula, saya dapati telefon bimbit dan dompet sudah tiada, salah seorang suspek yang berada di luar kereta kemudian memukul saya dengan satu objek dipercayai batang kayu. "Saya cuba mempertahankan diri menggunakan sebatang besi pengumpil yang saya simpan di tepi tempat duduk sebelum dipukul sekali lagi, mereka kemudian melarikan diri," katanya kepada pemberita, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141588

No comments:

Post a Comment