Search This Blog

Thursday, April 7, 2016

Pemandu teksi langgar lari dipecat


6 APRIL 2016
Pemandu teksi langgar lari dipecat


 Pemandu teksi langgar lari dipecat Sedutan rakaman yang dimuatnaik ke laman sosial.
SINGAPURA - Syarikat teksi ComfortDelgro telah memecat seorang pekerja selepas dirakam mengundur teksinya dengan laju dan melanggar kereta orang awam dan melarikan diri.

Menurut laporan Straits Times, kejadian pada 26 Mac tersebut dirakam oleh orang awam dan dimuatnaik ke laman Facebook Singapore Reckless Drivers.

Dalam rakaman tersebut, pemandu teksi berwarna kuning berkenaan dilihat mengundur kereta dengan laju dan terlanggar sebuah kenderaan, sebelum melarikan diri dengan kelajuan laju dan merbahaya.

"Dia telah dipecat kerana memandu secara merbahaya," kata pegawai komunikasi ComfortDelgro,  Tammy Tan.

Tammy bagaimanapun menambah pemandu teksi tersebut telah memberhentikan teksinya dan memberikan maklumat kepada seorang pekedai yang menyaksikan tersebut.

"Kami amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam insiden ini dan kami juga membantu pemilik kenderaan yang dilanggar teksi kami," akhiri Tammy.

No comments:

Post a Comment