Kedengaran seperti melucukan, tetapi itu hakikat apabila dua lelaki yang berdendam dengan rakan mereka bertindak memecah masuk rumah mangsa dan melarikan kesemua barangan dalam kejadian di Kampung Sin Lik, Yong Peng, di sini.
Dalam keja­dian pada 28 Mac lalu, mang­sa yang meninggalkan rumah selama sehari tergamam apabila melihat rumahnya kosong dan berselerak dipercayai dimasuki penjenayah.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad ber­ka­ta, mangsa ke­­ru­gian hampir RM15,000 ekoran pelbagai barangan ter­ma­suk televisyen, komputer riba, telefon bimbit, penapis air, alat pemancar imej dan joran dilarikan suspek.
Menurutnya, seorang suspek dipercayai berdendam dengan mangsa kerana dia tidak dilawati sepanjang ditahan di sebuah penjara berhubung kes jenayah lampau.
“Bagaimanapun kita mene­mukan semula barangan yang dicuri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.