Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Pasangan kekasih direman 7 hari




DI rumah inilah seorang bayi perempuan disyaki didera hingga mati di Apartmen Teratai, Putra Perdana, Sepang pada Khamis lalu.


SEPANG – Seorang pegawai imigresen dan teman lelakinya ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes dera seorang bayi perem­puan berusia setahun tujuh bulan sehingga mati di Apartmen Teratai, Putra Perdana dekat sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, wanita berusia 27 tahun dan teman lelakinya, 22, itu ditahan kelmarin selepas disyaki mendera bayi berkenaan yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik wanita terbabit.
“Perintah reman sehingga Jumaat depan ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan oleh penolong pendaftar mahkamah, Alpha Dragam selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini (semalam).
“Selain itu, pihak polis juga te­lah mengesan bapa kepada bayi itu yang kini sedang menjalani latihan penguatkuasaan ma­ritim di bawah Maritim Malaysia (APMM),” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz44iSTjcCX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment