Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Parah dilibas dengan parang


BEGINILAH keadaan tangan mangsa yang parah akibat ditetak dengan parang dalam kejadian samun di Bukit Jambul, George Town Rabu lalu.


GEORGE TOWN – Seorang pekerja kedai telefon bimbit terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila tangan kirinya parah dilibas seorang lelaki dengan sebilah parang dalam kejadian sa­mun di tempat meletak kereta sebuah pusat beli-belah di Bukit Jambul di sini Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, wanita berketurunan Cina berusia 41 tahun itu mengalami pendarahan teruk pada tangan kiri manakala paha kanannya turut ce­dera selepas disamun dua lelaki.
Sebelum kejadian, mangsa sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke keretanya sebelum diserang dua lelaki dengan parang dari belakang.
Salah seorang penyerangnya kemudian merampas beg tangan mangsa sebelum kedua-duanya melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
Mangsa kemudian ditemui orang awam dalam keadaan parah sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga majikan mangsa Khamis lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz44dY7bduB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment