Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Nenek selamatkan nyawa cucu

Seremban: Demi memastikan cucunya terselamat, seorang nenek mengerahkan segala kudrat mendukung kanak-kanak terbabit untuk menyelamatkan diri selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Taman England, di sini, semalam
Kebakaran berlaku pada jam 7.50 pagi ketika nenek berusia 72 tahun itu bersama cucunya berusia dua tahun dan seorang pembantu rumah sedang menikmati sarapan di dapur rumah terbabit.
Difahamkan, sebaik terhidu bau hangit, nenek bersama pembantu rumah mencari bau hangit berkenaan sebelum melihat api marak membakar ruang bilik utama rumah itu.
Ketua Balai Bomba Seremban Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.07 pagi sebelum mengerahkan dua jentera bersama 20 anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati api marak membakar tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan manakala penghuninya sudah keluar menyelamatkan diri.
“Kami mengambil masa hampir 20 minit memadamkan keseluruhan api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Tingkat atas rumah itu terbakar 70 paratus dan punca sebenar serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan penilaian kami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:23 AM


KEADAAN rumah mangsa yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127929#sthash.YKTdm2R8.dpuf

No comments:

Post a Comment