Search This Blog

Loading...

Sunday, April 10, 2016

Maut tertimbus tanah runtuh




LOKASI kejadian seorang lelaki Indonesia maut manakala seorang lagi masih hilang di tapak Lombong Pasir Linggiu, Bandar Tenggara, Kota Tinggi kelmarin.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia maut manakala seorang lagi rakan senegaranya masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak lombong Pasir Linggiu, Bandar Tenggara, Kota Tinggi kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang mengendalikan mesin pengorek dan penyedut pasir di kawasan berkenaan sebelum runtuhan tebing tanah berlaku lalu menimbus mereka.
Menurutnya, seorang mangsa, Saeful Amir, 30, berjaya dikeluarkan oleh majikannya dengan bantuan beberapa pekerja lain dan mayatnya ditemui tersepit pada bahagian rantai mesin penyedut pasir.
“Bagaimanapun, usaha mereka untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa, Udin Nur Udin berusia 45 tahun gagal,” katanya di sini semalam.
Rahmat memberitahu, sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, namun usaha mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan memandangkan cuaca telah gelap.
“Pasukan SAR telah diaktifkan semula pada pukul 9.30 pagi tadi (semalam), namun pergerakan tanah masih berlaku dan operasi terpaksa dihentikan sementara pada pukul 12 tengah hari,” ujarnya.
Menurut beliau, kawasan kejadian seluas kira-kira 74 meter persegi dengan kedalaman runtuhan kira-kira 30 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz45QMvplZp 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment