Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Maut bergesel lori kontena ketika berteduh


MOHD FAHMI ISMAIL
3 APRIL 2016

Maut bergesel lori kontena ketika berteduh

 Maut bergesel lori kontena ketika berteduh Motosikal milik mangsa semasa kejadian.
SHAH ALAM - Niat seorang lelaki warga Indonesia untuk berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan kerana hujan bertukar tragedi apabila digesel sebuah lori kontena di KM 4.4 Lebuh Raya NKVE (dari Klang ke Kuala Lumpur), semalam.

Kemalangan itu difahamkan berlaku kira-kira jam 7.40 petang ketika mangsa yang masih berada di atas motosikal mahu membuka topi keledar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, datang lori kontena dari arah Klang ke Kuala Lumpur dan telah bergesel dengan mangsa.

"Polis percaya beg yang dipakai mangsa tersangkut pada lori hingga menyebabkan mangsa jatuh dan terseret kira-kira lima meter.

"Mangsa, Basori, 39  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Katanya, berikutan tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bawah jejambat berkenaan, orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta membantu polis untuk mengesan lori berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

No comments:

Post a Comment