Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Mahkamah Bangladesh keluar waran tangkap Khaleda Zia

KHAMIS, 31 MAC 2016 @ 8:13 AM

PEMIMPIN Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Khaleda Zia aktivis ketika tiba untuk perhimpunan di Dhaka dalam gambar fail diambil 20 Jan 2014. - Foto REUTERS

DHAKA: Mahkamah Bangladesh mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan 27 pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) berhubung kebakaran bas penumpang Januari tahun lalu. Hakim Kamrul Hossain Mollah mengeluarkan arahan itu yang meminta pihak berkuasa polis menyerahkan laporan kepada mahkamah pada 27 April ini butiran tindakan mereka untuk melaksanakan arahan itu. Zia tidak akan ditahan dalam masa terdekat apabila ada pilihan memohon ikat jamin di mahkamah tinggi, dan kes politik seumpama itu selalunya mengambil masa panjang untuk diselesaikan. Sumber BNP memberitahu, kes terhadap Zia bermotifkan politik. "Ia tiada apa kecuali taktik kerajaan untuk melindungi kegagalan dengan mencetuskan isu baru menggunakan kes terhadap pembangkang," kata jawatankuasa hal ehwal luar BNP, Rumeen Farhana. Arahan yang dikeluarkan pada Rabu dibuat selepas hakim menerima dakwaan terhadap Zia dan pegawai parti. Penyiasat mendakwa mereka mendorong serangan dilancarkan dan melakukan aktiviti subversif dengan menggunakan bom api dalam kejadian pada 23 Januari 2015 itu ketika mogok pengangkutan seluruh negara bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Sheikh Hasina. Sekurang-kurangnya seorang maut dan 30 lagi cedera dalam serangan di wilayah Jatrabari di Dhaka ketika bantahan yang melumpuhkan negara itu hampir tiga bulan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139063

No comments:

Post a Comment