Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Lima gerai pasar malam terbakar

Cameron Highlands: Lima gerai pasar malam di Brinchang, di sini terbakar dalam kejadian jam 3.50 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian 3.55 petang dan operasi pemadaman api dilakukan oleh seorang pegawai dan empat anggota.
Menurutnya, sebaik tiba dilokasi kejadian pihaknya mendapati lima daripada 17 gerai di tapak pasar malam berkenaan terbakar.
"Empat lot gerai terbakar sepenuhnya dan satu gerai lagi terbakar sebahagiannya serta sebuah motosikal Modenas Kriss juga mengalami sedikit kesan terbakar.
"Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dan menyelamatkan sebahagian 12 gerai lagi yang sebaris dengan lima gerai yang terbakar," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Menurutnya, api berjaya dikawal dalam tempoh lima minit selepas pasukannya sampai dan dipadam sepenuhnya pada 5 petang.
"Berdasarkan maklumat awal kesemua gerai yang terbabit adalah menjual barangan cenderamata dan pakaian.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:20 PM


Kebakaran lima gerai pasar malam di Brinchang, petang tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127852#sthash.BPiVQ186.dpuf

No comments:

Post a Comment