Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Lelaki raba punggung wanita dapat padah

Oleh Fitri Nizam bhkt@bh.com.my PDRM logo


 KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang meraba punggung seorang pelanggan sebuah stesen minyak di Bandar Permaisuri, Setiu, selepas 15 minit suspek melakukan perbuatan berkenaan.


 Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang, 31 Mac lalu, suspek berusia 49 tahun yang berasal dari Marang itu dikatakan menghampiri seorang pelanggan wanita berusia 23 tahun ketika mangsa sedang mengisi minyak di premis terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata suspek tiba-tiba meraba punggung wanita itu ketika mangsa mahu masuk ke dalam keretanya.

 Katanya, terkejut dengan tindakan itu, wanita terbabit cuba menegur sikap biadap lelaki berkenaan, namun sebaliknya dia dimaki oleh suspek.

"Dalam keadaan tegang itu, rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta berkenaan keluar untuk mengawal keadaan, namun turut dimaki lelaki terbabit.

 "Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu tiba di lokasi dan dibawa ke Balai Permaisuri untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui BH, di sini, sebentar tadi. Abd Aziz berkata, suspek kini masih dalam tahanan reman untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140108

No comments:

Post a Comment