Search This Blog

Loading...

Thursday, April 7, 2016

Lelaki maut rempuh tiang elektrik

Tumpat: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di simpang tiga Berangan di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Norrazman Mat Nasir, 30, berasal dari Kampung Stesen Wakaf Bharu, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan serius dialami.
Difahamkan, dia memandu sendirian dalam perjalanan dari Palekbang ke arah pekan Tumpat.
Saksi kejadian yang mahu dikenali Fiza, 20-an memberitahu sempat mendengar bunyi dentuman yang kuat dan melihat kereta mangsa sudah remuk.
Katanya, orang ramai turut cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal berbuat demikian kerana saiz badannya yang besar.
Berikutan itu, mangsa dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 5:08 PM

No comments:

Post a Comment