Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Kemalangan melibatkan 56 kenderaan



KEMALANGAN yang melibatkan 56 buah kereta ini disebabkan oleh tayar sebuah lori meletup. - AGENSI


JIANGSU, China – Sebanyak 56 buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Changzhou, wilayah Jiangsu, timur China menyebabkan dua orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Kemalangan tersebut dikatakan berlaku apabila tayar sebuah lori meletup. Lori itu merempuh kenderaan di hadapannya yang menyebabkan kesan domino melibatkan berpuluh-puluh kenderaan lain. Nahas jalan raya itu berlaku ketika cuaca buruk yang menyebabkan jarak penglihatan pemandu terjejas.

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebahagian kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Changzhou, dalam wilayah Jiangsu, China baru-baru ini.- AGENSI


Berdasarkan kenyataan Kementerian Biro Keselamatan Awam, Bomba dan Polis Bandar Changzhou, sebanyak 21 orang terperangkap di dalam kenderaan mereka selepas kemalangan berlaku.
“Mereka berjaya diselamatkan oleh 44 anggota bomba, manakala sembilan jentera bomba bergegas ke tempat kejadian,” katanya kementerian itu.
– AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz44zy6V4vX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment