Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Kecam 'Kertas Panama'

Paris: Kremlin semalam mendakwa ia menjadi sasaran rancangan untuk mengkucar-kacirkan Russia selepas pembocoran besar-besaran dokumen kewangan mendakwa sekutu rapat Presiden Vladimir Putin serta pemimpin dunia lain terbabit dalam aktiviti kewangan pesisir pantai.
Siasatan media selama setahun terhadap 11.5 juta dokumen yang bocor dari sebuah syarikat guaman di Panama, mendedahkan kegiatan mengelak cukai dan pengumpulan harta secara haram golongan elit, dari pembantu Putin hingga ke anggota keluarga Presiden China Xi Jiping, selebriti sukan dan juga pelakon terkenal.
Rekod dari firma guaman Mossack Fonseca yang dinamakan Kertas Panama diperoleh daripada sumber tidak dikenali oleh akhbar Jerman Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi dengan lebih 100 kumpulan media oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Nama Putin tidak disebut dalam dokumen itu, tetapi bank, syarikat dan sekutu rapatnya didakwa memindahkan RM7.8 juta menerusi bank dan syarikat yang tidak wujud, menurut ICIJ.
“Putin, Russia, negara kami, kestabilan kami dan pilihan raya akan datang menjadi sasaran ICIJ. Mereka mahu mengkucar-kacirkan keadaan,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
“Kami kenal komuniti yang menamakan diri mereka wartawan itu. Mereka bukan wartawan sebenar. Kebanyakan mereka ialah pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan perkhidmatan rahsia lain.”
Urusan kewangan pesisir pantai bukan satu kegiatan haram tetapi ia boleh disalahgunakan untuk menyembunyikan harta daripada pihak berkuasa cukai, menggubah pendapatan daripada kegiatan jenayah atau menyembunyikan kekayaan yang diperoleh secara haram.
Turut dinamakan dalam hasil siasatan itu ialah 140 tokoh politik, termasuk 12 pemimpin atau bekas pemimpin kerajaan.
Mereka termasuk Presiden Ukraine, Raja Arab Saudi, bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dan juga pelakon kung fu, Jackie Chan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:13 AM


ANTARA tokoh politik yang nama mereka tersenarai dalam laporan siasatan berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127915#sthash.iYPhur60.dpuf

No comments:

Post a Comment