Search This Blog

Loading...

Saturday, April 9, 2016

Jumpa bawah pokok sawit

 Mohd Rizal Abdullah

Mohd.rizal@hmetro.com.my
Miri: Bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam kotak di Simpang Universiti Curtin, di sini, hari ini.


Bayi lelaki yang dibalut dengan tuala dan kain sarung itu ditemui lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu, pada 1.32 petang.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang, berkata lelaki terbabit yang mahu membuang air kecil terdengar bunyi tangisan bayi berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya menjumpai bayi berkenaan yang diletakkan di dalam kotak di bawah pokok sawit.

“Dia kemudian menghubungi polis. Siasatan polis mendapati bayi itu baru dilahirkan dan tiada kesan kecederaan. Tapi, kami hantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 6:55 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129178#sthash.F9CIWahN.dpuf

No comments:

Post a Comment