Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Israel roboh rumah keluarga Palestin

ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 6:41 PM



WARGA Palestin berdiri di rumah milik keluarga tiga rakyat Palestin yang terbunuh selepas serangan di timur Baitulmaqdis yang dirobohkan oleh tentera Israel. - Foto AP
BAITULMAQDIS: Tentera Israel merobohkan rumah milik keluarga tiga rakyat Palestin yang terbunuh selepas serangan di timur Baitulmaqdis pada Februari lalu, menurut sumber pasukan keselamatan Palestin dan tentera Israel.

Pergaduhan turut tercetus antara askar Zinonis dan warga Palestin ketika kerja meroboh itu dilakukan.

Menurut sumber keselamatan Palestin, dua rakyat mereka tercedera dalam insiden berkenaan di Qabatiya utara Tebing Barat.

Israel mendakwa tiga lelaki menyerang tentera mereka dekat pintu masuk Damascus Gate ke bandar raya lama Baitulmaqdis pada 3 Februari lalu menggunakan pisau, senapang dan bom paip. - AFP

No comments:

Post a Comment