Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Individu terakhir direman dibebaskan



Seorang kontraktor syarikat penganjuran acara (kanan) yang dibebaskan daripada tahanan reman menutup mukanya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Seorang kontraktor syarikat penganjuran acara dibebaskan semalam selepas ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan RM10,000 oleh seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan terhadapnya.
Lelaki tersebut yang berumur 24 tahun direman bermula 19 Mac lalu selama tujuh hari sebelum Mahkamah Majistret membenarkan tempoh reman disambung bermula 26 Mac lalu.
Tempoh tahanan reman ke­dua lelaki tersebut tamat semalam.
Lelaki tersebut merupakan individu terakhir yang dibebaskan daripada 10 individu yang ditahan reman berhubung kes berkenaan.
Pada 17 Mac lalu, SPRM menahan enam individu, termasuk Setiausaha Bahagian Kewangan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan seorang wanita dalam Ops Tiris yang dilaksanakan SPRM di sekitar Lembah Klang berkaitan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Tiga individu lagi ditahan sehari selepas itu bagi membantu siasatan.
Dua individu termasuk seorang pegawai yang pernah berkhidmat di KBS turut ditahan pada 23 Mac lalu sebelum ditahan reman selama tujuh hari keesokan harinya manakala seorang lagi dilepaskan tanpa direman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz44dYyatou 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment