Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Helikopter terhempas, lima maut


5 APRIL 2016

Helikopter terhempas, lima maut

 Helikopter terhempas, lima maut Lokasi kejadian
TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah helikopter persiaran terhempas di Taman Negara Great Smoky Mountains, timur Tennessee menyebabkan lima terbunuh, kata pegawai.

Menurut jurcakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Kathleen Bergen dalam e mail berkata, helikopter Bell 206 terhempas jam 3.30 petang berhampiran Sevierville.

"Helikopter tersebut musnah akibat kebakaran sebaik sahaja terhempas," kata Bergen dipetik AP.

Sementara itu, Ketua Polis Pigeon Forge,  Jack Baldwin berkata, helikopter itu berkecai dan musnah akibat kebakaran.

Baldwin berkata, helikopter berkenaan menghampiri tepi gunung dan terhempas.

Kira-kira empat jam selepas kemalangan, berpuluh kenderaan kecemasan berada di lokasi kejadian yang terletak  satu kilometer dari pusat membeli belah utama di Sevierville.

Jurucakap Persatuan Pengurusan Kecemasan Tennessee, Dean Flener mengesahkan, insiden tersebut telah mengorbankan lima orang.

Flener berkata, tiada rumah rosak dan tiada orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian cedera.

No comments:

Post a Comment