Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Guru memandu mengaku terima rasuah

Johor Bahru: Guru sekolah memandu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM250 daripada calon memandu, tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Goh Tee Soon, 61, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin terhadapnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah menerima RM250 daripada calon memandu berusia 28 tahun sebagai dorongan untuk membantunya lulus dalam Ujian Pelesenan Pemandu Vokasional (GDL lori).
Bagi perbuatan yang dilakukan di pusat latihan memandu di Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling di sini, kira-kira 11 pagi, 1 Oktober 2015 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nor Syarina Raizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 10:38 AM


TERTUDUH (kiri) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128018#sthash.Z1cuwZ9y.dpuf

No comments:

Post a Comment