Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Firman AF 2014 rugi RM18,000 ditipu ejen umrah




IBU Firman, Painah Tambanan (kiri) dan bapanya, Bansir Abas ketika menunggu penerbangan umrah di KLIA, Sepang malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Hasrat penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia (AF) 2014, Firman untuk membawa keluarganya menunaikan umrah menggunakan wang kemenangannya tidak kesam­paian selepas ditipu sebuah ejen yang menguruskan perjalanannya di sini malam kelmarin.
Firman atau nama sebenarnya, Mohd. Firman Bansir, 27, berkata, dia hanya menyedari menjadi mangsa peni­puan oleh ejen yang berpejabat di Ampang, Selangor selepas sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menunggu waktu pelepasan seperti dijadualkan.
“Saya bersama ibu bapa dan adik perempuan sudah berada di lapa­ngan terbang pada pukul 5 petang lagi memandangkan waktu pe­nerbangan dikatakan pada pukul 8.50 malam.
“Bagaimanapun, selepas pukul 7 malam, kami masih belum membuat sebarang pendaftaran masuk kerana pasport masih dipegang oleh pihak ejen yang kononnya masih dalam perjalanan ke lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Meragui tindakan pihak ejen tersebut, dia kemudian membuat semakan sendiri di kaunter masuk syarikat penerbangan Qatar Airways.
“Saya terkejut apabila mendapati tiada nama kami sekeluarga direkodkan dalam sistem. Kami cuba menghubungi ejen tersebut, namun gagal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz44iW1PLte 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment