Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Empat penjenayah Amerika Latin tumpas


04/04/2016 2:53pm


Adnan (tengah) menunjukkan barang rompakan yang berjaya dirampas.


SHAH ALAM - Empat penjenayah warga Colombia yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak beberapa bulan lalu diberkas dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Ketumbar, Cheras, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, keempat-empat penjenayah terbabit ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah di Bandar Parklands, Klang sejam sebelum itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek yang berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun itu ditahan selepas melarikan beberapa barangan dari rumah terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000.
"Selain empat suspek kita turut menahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun di Seksyen 9 di sini kerana disyaki bersubahat dalam urusan sewa beli kereta dan membekalkan nombor pendaftaran kenderaan palsu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hasil serbuan itu juga polis menemui semula barangaan hasil samun kumpulan berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000.
Kesemua suspek direman sehingga 8 April ini dan kes di siasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. 
Mohd. Adnan juga memberitahu, pihaknya sedang menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan dua penjenayah warga Colombia yang ditangkap pada Selasa minggu lepas. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz44qSQMNqf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment