Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Alpha Dragam hari ini selepas kedua-dua suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang di sini.
Suspek lelaki, 22, yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang, Terengganu itu ditahan oleh polis selepas bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Hospital Serdang semalam.
Sementara ibu mangsa yang merupakan seorang pegawai imigresen di Putrajaya ditahan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 8 malam ketika dia membawa jenazah ba­yinya untuk dikebumikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah.
Pada Khamis lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari itu bayi terbabit dikatakan dihempas ke lantai kerana dikatakan menangis mahu mengikut ibunya ke tempat kerja.
Sumber polis memberitahu, kejadian berlaku di sebuah rumah di Blok B, Apartmen Teratai, Putra Perdana dan bayi malang itu dikatakan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik di kawasan berhampiran.