Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Dua pesawat berlanggar di Jakarta


5 APRIL 2016

Dua pesawat berlanggar di Jakarta

 Dua pesawat berlanggar di Jakarta Sayap pesawat Batik Air yang rosak akibat pelanggaran.
JAKARTA - INDONESIA. Sebuah pesawat Batik Air yang akan berlepas berlanggar dengan sebuah pesawat Transnusa yang ditunda di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumu, Jakarta Timur, semalam, lapor AFP.

Pelanggaran itu menyebabkan sayap kiri pesawat Batik Air rosak.

Pesawat Batik Air, penerbangan 7703 dijadualkan berlepas dari Jakarta ke Ujung Pandang, Sulawesi Tenggara.

Batik Air ialah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan sebuah anak syarikat Lion Air.

Dalam satu kenyataan dari Lion Air, pesawat Batik Air telah dibenarkan untuk berlepas oleh pengawal lapangan terbang, tetapi bertembung dengan pesawat Transnusa yang sedang ditunda oleh traktor.

Juruterbang Batik Air kemudian memutuskan untuk membatalkan penerbangan untuk memastikan keselamatan penumpang.

Seramai 49 penumpang dan 7 anak kapal di atas kapal dan semua dipindahkan melalui slaid kecemasan pesawat.

Tiada laporan kecederaan dalam kejadian itu.

"Berkaitan dengan kejadian itu, kita sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan," kata pengarah presiden Lion Air Group, Edward Sirait.

No comments:

Post a Comment