Search This Blog

Thursday, April 7, 2016

Dua pegawai tentera Indonesia anjur pesta dadah

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menahan dua pegawai kanan tentera yang didapati terbabit dalam penganjuran pesta dadah di sebuah hotel di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, malam tadi.
Bernama melaporkan portal berita Indonesia memetik Panglima Komander Daerah Militer Wirabuana Mejar Jeneral Agus Surya Bhakti berkata, dua pegawai tentera itu antara enam yang ditahan dalam serbuan di hotel berkenaan selepas pihak berkuasa menerima maklumat pesta dadah itu.
“Saat ditangkap mereka sedang pesta syabu ... mereka mengarah anggota tentera mengawal di lobi hotel. Bagaimanapun anggota tentera yang mengawal melarikan diri selepas terlihat Ketua Komando Daerah Brigadier Jeneral Supartodi datang bersama pasukan operasi untuk menahan mereka yang terbabit," katanya.
Agus berkata semua yang ditahan termasuk dua pegawai tentera itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Beritahati.com melaporkan seorang pegawai tentera itu berpangkat mejar dan seorang lagi kolonel (infantri).
Februari lalu, Anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Fraksi Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Fany Syafriansyah ditahan ketika dipercayai sedang membeli dadah di sebuah kuarters tentera di Jakarta Selatan di sini.
Dalam serbuan itu, polis tentera juga menahan tiga anggotanya yang tinggal dalam kuarters berkenaan dan dipercayai terbabit dalam salah guna dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:09 PM

Panglima Komander Daerah Militer Wirabuana Mejar Jeneral Agus Surya Bhakti (gambar kanan) dan Hotel D 'Maleo di Makassar, South Sulawesi, tempat dua pegawai kanan tentera Indonesia yang ditahan menganjurkan pesta dadah. - Foto beritahati.com/Google

No comments:

Post a Comment