Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Dua ditahan, enam kereta mewah dirampas

Johor Bahru: Dua lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan manakala enam kenderaan mewah disyaki kereta klon dirampas polis dalam serbuan di apartmen di Taman Perling di sini, 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, nilai rampasan kenderaan berkenaan mencecah RM800,000 dan pihaknya memburu empat lagi suspek termasuk dalang utama sindiket berkenaan seorang warga Singapura berusia 45 tahun.
"Bertindak atas maklumat awam dan risikan sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan Risikan Jenayah (D4) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (IPDJBU) membuat intipan ke atas apartmen berkenaan.
"Hasil tangkapan berkenaan membawa kepada rampasan barang berkaitan dengan kegiatan dijalankan termasuk nombor plat Singapura, komputer, mesin pencetak cukai jalan, dan cukai jalan palsu Singapura," katanya pda sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek berusia 22 tahun yang ditangkap direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 4:36 PM


ANTARA kenderaan mewah yang dirampas. FOTO Zain Ahmed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128366#sthash.Lp0EYq8q.dpuf

No comments:

Post a Comment