Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Ditahan selepas video mengasari isteri 'viral'

Segamat: Anggota polis yang bertugas di Felda Redong, Tenang di sini, ditahan semalam selepas video dia mengasari isterinya ‘viral’ di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Konstabel berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Pondok Polis Felda Redong kira-kira jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima pihaknya menjalankan siasatan dan mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
"Selain anggota polis itu, kami sudah merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam video berdurasi dua minit dan 51 saat yang dimuat naik 1 April lalu, dua wanita termasuk isteri anggota polis berkenaan dilihat jalan perlahan-lahan untuk mendapatkan suaminya di pondok polis itu.
Wanita berkenaan ditemani seorang wanita lain yang mendukung bayinya, tiba-tiba dihampiri seorang lelaki, dipercayai suaminya yang juga anggota
polis pondok berkenaan.
Berlaku pertengkaran sebelum lelaki itu menampar isterinya, sebelum masuk ke dalam pondok polis itu diikuti isterinya dan wanita yang mendukung bayi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:04 PM


Gambar daripada video yang ‘viral’.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127850#sthash.8PLbgTco.dpuf

No comments:

Post a Comment