Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Berang diminta bayar minuman


Keadaan kerusi meja di sebuah restoran yang berselerakan dan dirosakkan sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Pertama, Ipoh semalam.


IPOH – Seorang pemilik restoran terpaksa menerima 17 jahitan di kepala akibat ce­dera dipukul sekumpulan lelaki menggunakan botol selepas enggan memberikan wang perlin­dungan sebanyak RM500 dalam satu kejadian di Taman Pertama di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, lelaki berusia 44 tahun itu pada awalnya meminta kumpulan berkenaan membayar harga minuman yang dipesan.
Sumber polis memberitahu, kumpulan lelaki itu bagaimanapun enggan menjelaskan bayaran sebelum salah seorang daripada mereka bertindak meminta RM500 daripada mangsa sebagai wang perlindungan ko­nonnya untuk menjaga premis tersebut.
“Keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan suspek dan rakan-rakannya naik berang sebelum merosakkan barang-barang di dalam kedai.
“Selepas merosakkan barang-barang di dalam kedai, suspek turut memukul mangsa di kepala menggunakan botol menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 17 jahitan di kepala selain turut cedera pada tangan dan kaki,” ujar sumber itu semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz44iVmAQrQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment